Showing posts with label palestin sakit nikmat. Show all posts
Showing posts with label palestin sakit nikmat. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Sakit la woi!

Pejam pelik pejam pelik, sudah hampir dua minggu aku duk goyang kaki kat rumah. Makanya, aku stil ada sebulan lebih untuk bergoyang kaki dirumah. Habis cuti ni memang tak de chance la nak bergoyang-goyang kaki. Kepala tergoyang ade la sebab nak stay up bagai. Ah, nice. Rasa macam heaven bila duduk rumah. Bila lapaq, turun tangga sikit bukak peti sejuk ada kek. Tengok kiri, ada cokelat. Bukak bahagian freezer yang kat atas ada aiskrim dan air kotak. 

Tapi time cuti ni jugak Tuhan nak uji aku sikit. Sikit, tapi seksa dia macam ang baru sehari putus cinta. Pedih! Sakit! Dan kalau aku tak gagah, boleh kena sakit jiwa. Tapi aku tahu, segala ujian ini khas Tuhan beri pada orang yang Dia sayang. Kalau tak sayang, memang dah lama Dia biarkan aku terus hanyut dengan nikmat dunia yang memang sedap dipandang mata.

Kalau aku cerita ujian ape yang aku alami ni mesti ang akan gelakkan aku. Kecik punya cerita. Mungkin tak sama sakitnya macam orang perempuan nak melahirkan anak. Tapi boleh ang bayangkan bilamana ang terpaksa makan bubur nasi selama dua tiga hari untuk pagi petang siang dan malam sedangkan banyak lagi hidangan yang lazat-lazat tersedia di dalam peti sejuk kat rumah ang? Sakit hati lagi tak terkata.


Time cuti ni jugak aku digemparkan dengan peristiwa serangan Israil ke atas orang-orang Palestin. Sebenarnya tak de la gempar mane pun berita ni sebab memang dah lama orang Israil merancang nak merampas Palestin. Cuma yang menjadi tanda tanya, kenapa tarikh yang dipilih mesti pada awal muharam? Mungkin, itu takdir Tuhan yang telah Dia catatkan. Sekian dan sekian.

Oh ye.

Bila berlaku peristiwa serangan ni, timbul rasa bersyukur dalam diri aku. Keamanan di Malaysia itu salah satu sebab kenapa aku harus bersyukur. Dan lagi satu, aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk makan walaupun hanya bubur nasi. Ye, bubur nasi tetap makanan kan? Tetap mengenyangkan. Kalau nak dibandingkan dengan orang-orang di Palestin yang belum tentu dapat mengisi perutnya kerana peperangan, aku lagi bernasib baik.

Sebab tu ada pepatah yang mengatakan,

"Pandanglah orang dibawah kita yakni orang yang lagi susah dari kita. Nescaya, akan timbul rasa bersyukur dalam diri kita."


Dan sebagai perkongsian kepada ang, bilamana ang bersyukur, Tuhan akan tambah rezeki ang. Kalau ang tak bersyukur, Dia tak kan rugi satu sen pun. Kalau ang perasan, situasi ni bukan win win. Tapi semua keuntungan dan kerugian ang yang pilih sendiri. Situasi ini dipanggil, pilihan di tangan ang. Bukan di pilihan hati ye. Ahakz!

So far, sakit guwa dah semakin sembuh. Tapi guwa pasti, luka rakyat Palestin masih berdarah. Apa salah mereka sehingga diperlakukan begitu? Yang salahnya kita. Eh, mesti ang akan tanya.

"Apsal salah aku pulak?"

Dalam tak sedar, sebenarnya kita dah menjadi penyumbang utama kepada sumber ekonomi Israil. Dengan duit tu la depa beli bom. Depa beli pesawat. So, kita kena ambil langkah untuk stopkan semua ini. Tak kan sakit punya kalau tak kena burger MacDogol setahun dua tahun. Kan? Kalau ngidam burger sangat, pi je lepak dekat kedai-kedai burger tepi jalan tu. Pekena burger Daddy sepinggan, kompem kenyang dua tiga hari.


Eh dah, panjang pulak guwa menaip. Tapi panjang-panjang, orang tak bace tak guna jugak. Biar pendek entry tapi padat dan orang bace. Ok, selamat berbuger daddy la ye. Jangan bersugar daddy sudah. Adios~
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...