Thursday, December 6, 2012

Love is not only a word



awak
apa itu cinta?
adakah ia hanya gabungan lima huruf yang membentuk satu perkataan?
atau ianya hanya rekaan manusia semata?


awak
orang kata cinta itu bahagia
orang kata cinta itu istimewa
dan ada juga yang kata, cinta itu adalah hadiah terindah
mana satu ni awak?


awak
saya terlalu mendambakan kebahagiaan
selama ini saya hanya didampingi penderitaan
mungkin cinta boleh buat saya sedikit bahagia


awak
saban hari saya cari cinta
namun tak jua saya jumpa
mungkin saya tak ditakdirkan untuk bercinta
apatah lagi untuk merasa bahagia


tapi satu hari tu Allah hadirkan awak dalam hidup saya
hidup saya terus berubah
hari-hari saya bertambah ceria
hilang segala luka dan derita yang lama
mungkin ini yang dinamakan bahagia


tapi,
saya pelik dengan awak
kenapa awak tak macam orang lain?
bila ajak jumpa awak tak mahu
apatah lagi untuk luangkan masa bersama
awak tak rasa apa yang saya rasa ke awak?


awak
saya terus bersabar dengan sikap dan perangai awak
sampailah satu hari
saya dah tak tahan dengan sikap awak
saya terus tanya awak
kenapa perangai awak tak macam orang lain?


bila saya tanya, awak terus senyum
awak kata, bila kita cinta seseorang,
kita tak perlu pertikaikan apa tindakan orang yang kita cinta
awak kata,
ada sebab kenapa awak buat macam tu


awak kata
love is not only a word
love is an act
dan inilah usaha awak
awak cuba jaga batas cinta awak pada saya
awak tak nak cinta pada saya melebihi cinta awak pada Allah
awak tak nak Allah tarik balik perasaan cinta yang telah Allah pinjamkan pada kita


awak
sekarang baru saya faham
baru saya tahu apa itu cinta
ia bukan hanya sekadar sebuah perkataan
ia adalah satu perlakuan


awak
saya nak awak tahu satu perkara
saya bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan awak.
=)


p/s: cinta kita pada saudara kita di Ghaza tak cukup dengan kata-kata. Ia perlukan perlakuan.

14 comments:

  1. Hakim plz jgn jiwang sgt. nanti akak jiwang gak. hahaha

    ReplyDelete
  2. mereka memerlukan doa kita , itu yg pasti :)

    mmg mood jiwang ye mlm2 ? hehe.

    ReplyDelete
  3. kopipes ayat atas

    Hakim plz jgn jiwang sgt. nanti akak jiwang gak. hahaha

    haha

    itulah akak rse skng =P

    ReplyDelete
  4. perghh cinta yg penuh misteri
    sape yg bertuah tu dow..lol

    smoga cinta anda bahagia hgga ke shurga...wooohooooooooooooooo :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh.!!
    best best.! :D

    Ayat p/s tu lagi best.. :)

    ReplyDelete
  6. (",)..
    pandai berkata-kata, ni mesti kalau ayat pompuan cair punya

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi mengayat orang perempuan.hehe

    ReplyDelete
  8. uyoo. boleh tahan ayat-ayatnye. buat sendiri ke? memang sangat jiwang. hehe.

    ReplyDelete