Thursday, November 1, 2012

Lelaki super duper dayus

Saban hari, guwa dapat rasakan yang hubungan guwa dengan tibi semakin merenggang. Apatah lagi untuk menonton drama Adam dan Hawa atau Julia tiap-tiap petang sambil menghirup Radix cafe bersama cucuq udang. Genre cintanya sahaja dah tak ngam dengan jiwa raga guwa.

Masa zaman memuda dulu, rajin jugak lah guwa melayan drama petang-petang seperti Tentang Dhia. Itu pun  kerana terpaksa. Untuk makluman ang, bukan guwa yang pilih chanel. Kalau kuasa memilih ditangan guwa, sudah pasti al-Kuliyyah menjadi santapan rohani guwa tiap-tiap petang. Eh, bagus jugak guwa rupanya. Kehkeh.

Bilamana guwa melayan drama petang-petang, guwa perasan ada sesetengah drama yang suka menyelitkan babak orang lelaki memukul orang perempuan. Bagi guwa, itu merupakan satu tindakan yang tidak patut dilakukan oleh orang lelaki. Boleh jatuh talak dayus!

Tapi bila pemikiran guwa dah semakin matang. Kognitif guwa pun dah makin meningkat. Guwa dapat rasakan, orang yang macam tu tak cukup kedayusannya lagi. Ada yang lagi dayus. Super duper dayus!


Golongan pertama yang layak untuk gelaran dayus adalah golongan bapa yang tidak menasihati anak perempuannya untuk menjaga aurat dengan sempurna. Setahu guwa, selagi anak perempuan itu tidak berkahwin, si bapa bertanggungjawab penuh ke atas anaknya itu. Nasihat saya kepada pak cik, kalau pak cik nasihat anak pak cik dua tiga kali tak makan-makan jugak, pak cik boleh bagi penampaq sedas. Boleh jugak try power penampaq pak cik makan ke tidak. Umur mungkin makin tua. Tapi penampaq, kekal muda baq ang! Kalau dia merajuk lari rumah macam mane? Ligan dia pak cik. Ligan! Ke pak cik nak saya yang ligankan?

Golongan kedua yang layak dipanggil dayus adalah si suami yang membiarkan orang lelaki lain melihat aurat isterinya. Yang golongan ni guwa kurang faham. Kalau ang sayang isteri ang, kenapa mahu kongsi? Tengok sorang-sorang dah la.Biar orang panggil kedekut, jangan dipanggil dayus. Apatah lagi super duper dayus.

Golongan ketiga adalah golongan suami yang membiarkan lelaki lain menyentuh dirinya isterinya. Bagi guwa, ini lelaki yang super duper dayus. Ang lelaki, ang patut jaga apa milik ang. Bukan jaja sana sini. Sepatutnya, sebelum kahwin ang kena tahu apa tanggungjawab ang sebagai seorang suami. Salah satunya adalah menjaga hak ang dan menjaga isteri ang dengan sebaiknya. Kalau cinta, kenapa perlu tempah tiket ke neraka?

Guwa rasa, tiga contoh ni dah cukup membantu ang macam mana nak membezakan samada lelaki itu dayus atau tidak. Setakat lelaki pukul perempuan tu tak cukup dayus. Lagi-lagi kalau babak-babak pukul memukul dalam drama. Tak kena pun penampaq tu. Kalau betul kena, dah tentu tak jemu-jemu berjujuran air mata si perempuan. Silap-silap, tobat tak nak berlakon babak tampaq menampaq lagi.

Dan nasihat guwa kepada orang perempuan kat luaq sana. Sebagai isteri dan anak perempuan, ang kena tahu tanggungjawab ang. Kalau ang sayangkan abah atau suami ang, jaga aurat dan batasan pergaulan ang. Pilihan ada pada tangan ang. Bukan tangan guwa atau tangan imam masjid negara.


Kadang-kadang guwa tertanya, kenapa la orang perempuan tak nak pakai labuh-labuh macam gambaq cartoon ni. Cukup-cukup comel.

p/s: maaf kalau bahasa guwa kurang sopan. Orang kata biar muka tak hensem, asal hati hensem.*Tetibe..
www.tips-fb.com

11 comments:

✿INA AINAA✿ said...

betul tu.. good entry.. hehe, semoga awk jadi lelaki yg boleh bwa isteri awk nanti ke syurga yg kekal abadi

al_hakim said...

amin amin amin..

Tyra Ismail said...

selangkah anak perempuan keluar tanpa menutup aurat, selangkah juga bapanya melangkah ke neraka. mintak dijauhkan. aminn :)

Syafiq Ahadin said...

seb bek aku lom kawin. x dayus. kah3.

Reski Kuantan said...

Setuju betul..

:D

aziahrosli said...

info menarik.tengs

Yaya Azura said...

lelaki,banyak tanggungjawb mereka kan.isteri, adik beradik perempuan, anak perempuan..mereka kena jaga betul-betul..tapi sekarang suami bangga ada isteri cantik dan seksi.ibu bangga bila sama vogue dengan anak.pelik.

Unknown said...

btol la...memg dayus lelaki mcm ni..adesss....

Izwa Kamaruddin said...

err...err...err...

Anisa Anuar said...

mintak dijauhkan dari jmpe lelaki dayus

Unknown said...

ada perempuan dayus tak? haha

betullah. :)

memang dayus lelaki yang tak membimbing ister/anaknya ke jalan yang benar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...