Cerita ini berkisarkan seorang profesor yang sangat terkenal.Nama beliau Samad.Kejayaan terhebat beliau adalah dengan mencipta sebuah robot yang mampu mengesan pembohongan.Jika si mangsa berbohong,robot itu akan terus menampar si mangsa dengan sekuat-kuat hatinya..adakah ini menunjukkan yang robot ni pun ada hati?entah..
Setelah siap robotnya itu,dia membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anaknya pulang.Malangnya anaknya tidak pulang-pulang jugak ke rumah.Setelah pagi baru dia terlihat kelibat anak lelakinya itu..
"Ang dari mana?" tanya Samad
"Ada kelas tambahan papa", jawab anaknya
"Paaaaaaannnngg!" robot itu menampar anaknya
"Ini robot ciptaan terbaru papa.Sesiapa yang berbohong dia akan menampar dengan sesuka hatinya.Nampak sangat kamu berbohong dengan papa.Cuba kamu jujur dengan papa"..
"Maap pa..saya baru habis menonton movie di rumah kawan.."
"Cerita apa?"
"Cerita Doraemon pa"
"Paaaaaaannnngg!" kena penampar free lagi..
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maap pa..saya tengok cerita lucah.."
Mendengar pengakuan anaknya itu Samad terus naik angin..
Ang ni!kecik-kecik dah nakal..ang nak jadi ape besar nanti?pengarah cerita-cerita lucah ke hah?Malukan pa je ang ni..Masa pa kecik dulu,pa tak pernah pun buat macam kamu ni pun tau.."
"Paaaaannnnnggg!" Samad pula yang menjadi mangsa tamparan robot ciptaannya..
Suasana sepi seketika..Bunyi burung berkicauan kedengaran di luar..kucing-kucing di dapur pula tersentap dengan bunyi tamparan yang kuat tadi..
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan berkata.."Huh,same aje kelakuan anak dengan bapak.Kat mana lagi nak tumpahnya kuah kalau bukan pada nasi..Macam mane anak awak itu lah diri awk masa muda-muda dulu.."
"Paaaannnnnngg!"..robot itu menampar isteri Samad..Kali ni semua tersentap termasuk burung-burung yang berkicauan tadi..
robot kejam..
kucing yang tersentap..
Moral of Story~
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Berkata benarlah walaupun pahit". Ingatlah, walaupun kita melakukan kesalahan, sentiasalah bercakap benar. Sabda Rasulullah SAW:
“Senantiasalah kalian jujur, kerana sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebajikan, dan kebajikan membawa kepada syurga. Seseorang yang senantiasa jujur dan berusaha untuk selalu jujur, akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang selalu jujur. Dan jauhilah kedustaan karena kedustaan itu membawa kepada kemaksiatan, dan kemaksiatan membawa ke neraka. Seseorang yang senantiasa berdusta dan selalu berdusta, hingga akhirnya ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
credit to:Badas Ipsah

8 comments:
adoi..terbaiklah robot tu...seyes lawak tapi diselitkan unsur nasihat..peace~~
like it...nak robot ni boleh??
tak boleh!haha
hehehehe...ganas bapak dia tu
belog saya pun ada juga entri ni. Hehe! Bengong yang entah berapa tuu.
mana la nak dapat robot tu.. adoii.. memang the best ar.. huhuhu
cool la robot tue!! XD
cool la robot nih..
hagak2 der jual kt msia x??
nk satu r..hoho
Post a Comment