Monday, October 10, 2011

::guwa dan cita-cita::

Guwa rasa agak lama guwa tak mengupdate blog guwa ni.Sejak kebelakangan ni guwa banyak kerja nak diselesaikan.Al maklumlah,dah menjadi kebiasaan semua student,akhir sem je secara automatik kita akan jadi sibuk.Padahal ape la sangat..dunia-dunia..


Guwa yakin,setiap orang ada cita-cita yang tersendiri.Kalau masa kecik-kecik dulu mesti ang jawap ang nak jadi polis tak pun bomba atau askar.Guwa rasa soalan ni ditanya waktu sekolah rendah.'Apakah cita-cita kamu?'.Kemudian kita dikehendaki letak 3 jenis cita-cita kita.Tu yang kuar polis bomba tu sume.Ada jenis yang gigih tu,tiga-tiga dia letak polis.Memang nak jadi polis sangat-sangat la kot..Tapi ada jugak jawapan yang tak boleh diterima dek akal "kamu nak jadi apa bila besar nanti?","automen cikgu!","supeman!","spiderman!"..ganas la jugak daripada tiongman kan?




Tapi guwa yakin semua jawapan tu hanya sementara.Waktu kecik-kecik memang kita nampak polis,askar,bomba tu macam superhero.Memang superhero pun kan?Tapi waktu tu kita tak nampak superhero lain macam doktor,enggineer,cikgu..Jadi bila dah besar pemikiran kita ni terbukak sikit.Ada yang nak jadi chef,bissnessman,dan macam-macam lagi..


Guwa dulu-dulu ada jugak nak jadi polis.Tapi tu dulu la.Bila besar sikit guwa ada pasang niat nak jadi artis.Tapi tu hanya sementara.Masa tu guwa hanya nampak populariti dan material.Kecik lagi kan,pemikiran pun tak matang.Bila guwa dah matang,dah fikir pasal kawen semua guwa nak jadi enggineer pulak.Bukan setakat enggineer biasa macam orang lain,tetapi enggineer yang berjaya di dunia dan akhirat..ttuuu diiaa..=P




Tiba-tiba,guwa punya cita-cita tu berubah angin.Guwa mula suka pada profesion perguruan.Banyak faktor kenapa guwa pilih cikgu.Biarlah hanya guwa yang tau.Guwa bersyukur sebab sekarang guwa berada dalam landasan yang betul untuk capai cita-cita guwa.Guwa harap,inilah cita-cita guwa yang terakhir.Guwa tak nak ubah-ubah lagi dah..Kalau setakat tambah cikgu yang berjaya di dunia dan diakhirat tu boleh..hehe


p/s:gaji cikgu naik kan?yeay!haha www.tips-fb.com

15 comments:

Puan Nurussalwa said...

dulu masa saya mengajar tadika, one of my students said that dia nak jadi ninja~ ouch~ banyak sangat tengok cerita naruto la tu agaknya..
=.="

Syafiq Ahadin said...

i love being a teacher!
InsyaALLAH nak istikharah supaya tak tersilap pilih. Amin!.....

Syafiq Ahadin said...

saya time kecik pun pasang angan2 nak jadi: askar, polis, bomba, pemain badminton, atlet, cikgu, guru, teacher, doktor. tapi sekarang nak doktor, tapi masih kabur!

Allah, bantulah hambamu ini!

amna said...

tanpa guru tiada la yang lain2 tu juga.. segalanya dengan pengorbanan guru

TERIMA KASIH CIKGU!

pelangi hafyza said...

cita-cita fyza pon dah berubah..=p
dlu ingat nk jadi akauntan..heeee=D

Ana Farhana said...

untung la jd cikgu, gaji naik.,weee :))

cik ika said...

nk sgt jadi cikgu tp.ermm..boleh ke ika jd ckgu ye??

Umie Nadhirah said...

helo cikgu..
untunglaaaa haha.

al_hakim said...

ika:tak de benda yg mustahil..

nurkaloi said...

untunglaaa ckgu kannn
pasni nak jadik cikgu jugak laa ~__~'

cik nur said...

hehehehe nur pun sebernanyer banyak cita2 waktu kecik2 tapi satu jer yang melekat smpi skang nak ada taska sendiri :)

nam said...

semua profesion bermula dengan seorang guru... me; doctor-wanna-be.

mikeyvio said...

hehe...tringat msa sya skolah rndah dlu, ckgu tnya nk jd apa bsar nti, sya jwb nk jd tentera. lastly, suma org gelak. t'msuk dgn ckgu 2 skali. huhu

Zul fattah said...

dari kecik sampai la aku masuk matrik.. cita2 aku nk jadi askar..pegawai tentera..
tp setelah, aku kena penyakit ni..
semua cita2 aku musnah.. aku x de impian dah.. haha..
yg aku tahu.. habiskan blajar ni, grad.. dan cari kerja..

CikNuwairah said...

bila semakin meningkat dewasa,kita pun dah semakin matang dengan kehendak diri kita n dpt berfikir kan..btw..gud luck..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...