Friday, September 9, 2011

::panggilan percuma::

Dalam zaman yang serba serbi moden ni,guwa yakin yang semua orang kenal apa itu handphone,handset,tab, atau pun telepon tanpa wayar.Terciptanya teknologi ini telah memudahkan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.Tak kiralah dengan orang jauh,dekat atau pun jiran sebelah rumah sekalipun.Dalam rumah pun boleh sebab emak guwa selalu mesej guwa panggil turun makan..


Kalau zaman guwa kecik-kecik remaja dulu,kalau dah ade handset yang screen die warna biru tak pun kuning itulah kemajuan namanya.Ang akan rasa macam ang antara jutawan kat Malaysia ni.Kalau sekarang ang guna handset tu,ang la paling mundur dan ketinggalan zaman.Sekarang ni,budak-budak pun dah guna handset touch screen.Tak I phone,Galaxy tab.Apa pun,guwa mengaku yang guwa telah dikalahkan oleh budak kecik.Guwa mane ade duit nak beli macam depa.Guwa mahu tanggung anak bini sume..


handset idaman guwa.Kini, dulu dan selamanya..ada sesiapa nak belanje guwa tak?=P

Kalau handset segala bagai tu dah mahal,kompem ang nak pakai ringtone yang mahal-mahal.Paling power mesti ang pakai lagu omputih.Ang mane layan lagu-lagu melayu ni.Paling kurang pun ang pakai lagu justin bibir.Tapi guwa yakin,ramai antara kita yang masih dalam mood raya.Jadi, ringtone raya yang diguna pakai.Betul tak ayat guwa ni?=P


Dengan adanya ringtone yang mahal-mahal ni,ang telah membuatkan guwa jeles.Guwa tahu guwa hanya pakai handset murah dan ringtone handset guwa hanya satu jenis.derm!Tapi handset guwa sangat berguna dalam mengejut guwa bangun subuh kerana ringtone handset guwa memang bingit dan menyakitkan telinga.Bunyi ni lah yang membuatkan guwa tak lalu nak sambung tido balik.Tq handset ku!Cube la ringtone ang lagu CT.Kompem ang akan terus dibuai dek setan..


Kita sudah sedia maklum yang handset ni memang banyak kegunaannya.Bukan setakat komunikasi.Nak tangkap gambar boleh,dengar lagu,rakam suara,layari internet dan macam-macam lagi.Nak baling-baling pun boleh kan?Tapi yang guwa pelik,ramai yang tak tahu nak membezakan panggilan mana yang lagi penting.Ini semua kerana ang terpengaruh dengan teknologi yang moden ini.Tengah solat ada je call yang masuk.Maka berdengdanglah lagu justin bibik tadi.Derm!Ang telah mengganggu kekhusyukan jemaah.


Nasihat guwa,nak solat tu ang silentlah handset tu.Tak kiralah handset ang mahal mane,semurah mana atau sesedap mane pun lagu ang tu.Ang kena tahu,'tiada seruan yang penting daripada seruan Illahi'..


p/s:call Allah free je.Tak de topup bagai.So,tak payah risau k (0.0)v www.tips-fb.com

22 comments:

pelangi hafyza said...

like2.. jom call Allah selalu..=)

Fasihah Supian said...

terbaik =p

Nur Intan Syafinaz said...

Teerbaik disitu!

Pn Ayu said...

call Allah selalu adalah perkara yang terbaekkkk ^^

Naim Sangkakelubi said...

entry yg ada masej...

Siti Nurazlinda said...

sokong , mari ramai ramai kita call Allah :)

Anonymous said...

Call Allah free je,call boyfriend/girlfriend rugi bazir je

Unknown said...

kalau call Allah ni x de cukai pon kan

Sha said...

dan tak payah nak pening2 psl isu kenaikan caj 6% tuh kan..free katenyeee...heheh

al_hakim said...

hhee..betul2..

cik jannah said...

jom kita call ALLAH selalu..:)

y i e n said...

yup betul ... call ALLAH je free :)

p/s : ngidam nset 2 jugaq :P

CikTeddyCorner said...

sy jarang top4..huhu
leh jimat..
agree with u,,baek call Allah..lbh brmanfaat

Dzarief Zuhdi said...

call Allah free sepanjang hidup.. hehehe

Zul fattah said...

memang betul kim.. time aku duk solat jemaah kat masjid.. slalu je yg tak silent mode kan phone diaorg.. tanjat boboi time nk solat.. huhu

EnciK AxixOu said...

hp mahal xtahanlame..kai hp murah sudah..kene pg beli topap(wuduk) baru leh call sembang lelame(solat).hehe

SazaInfineez said...

henfon idaman guwe jugak...huk~bila lah nk dapat nih...

SazaInfineez said...

henfon idaman guwe jugak...huk~bila lah nk dapat nih...

nini said...

yerp....betul...kat mana2...bila2 je...=D

Fatin Farhana Binti Ramli said...

setuju .. paling tak suke bile tengah khusuk fokus dalam kelas .. ade je phone mahal ni bunyi .. kacau daun sirih je ..

Anonymous said...

sakit betul hati bila tengah sembahyang jemaah kat surau kolej.
ade makhluk Allah yang tak reti silent fon.
kejadahnye lah bawak fon pergi surau?
-.-

ctk said...

btOi..seruan ilahi lagi penting...

camne ase..bila kOrang dOk syOk dating, adew Org kOl,tak ke kekasih kita marah...sO,bila date ngan tuhan tuh,pandai2 la off,nti tuhan mrh :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...