Saturday, September 10, 2011

::guwa malu dengan sikap ang::

Kalau ang merupakan seorang perantau macam guwa,memang ang akan jumpa macam-macam jenis orang.Ada yang pelik,ada yang aneh dan ada yang unik.Betul orang dulu-dulu cakap,jauh perjalanan luas pemandangan.Otak pun tak de la macam katak bawah tempurung.Bila dah tua baru nak jumpa orang-orang pelik ni, tak ke terkejut beruk di telan dek zaman nanti?

Sekarang guwa dah selamat sampai ke IPSAH yang tercinta.Dalam perjalanan tadi guwa dah kira siap-siap berapa hari lagi nak cuti sem.Mesti ampa pun same kan?Haha.Jangan dok tipu aih..Kita same je..=P


Macam biasa,guwa balik ke Kedah dengan menaiki bas.Guwa ada jugak pasang niat nak naik kapal terbang.Tapi guwa takut nak naik sorang-sorang.Kalau salah naik flight macam mane?Tak pasal-pasal guwa sampai ke new zealand.Ok lagi.Kalau sampai ke Senegal atau africa selatan macam mane?Jadi orang sana la jawabnya..

Untuk maklumat ang,bas ni ade dua jenis.Satu bas ekspress dan satu lagi bas lompat-lompat.Yang guwa nak cite ni mengenai bas ekspress.Bas ekspress ni pun ikot laluan dia.Ada yang straight tu the point.Ada jugak yang berhenti ke satu-satu destinasi.Kalau bas guwa naik tadi dari kampar,dia stop kat ipoh dah akhirnya ke Butterworth.Ni bas ekspress la kot..


Dalam setiap perhentian,pasti ada penjaja atau seseorang yang meminta sumbangan naik ke dalam bas.Kalau yang naik bas tu penjaja,selalunya guwa tolak sebab guwa dah siap-siap beli sumting sebelum memulakan perjalanan yang jauh.Tapi ni, guwa nak tekankan yang meminta sumbangan ni.Kalau ang la,ape yang ang nak buat?Buat dek?bagi singgit due inggit?

Selalunya,orang yang meminta sumbangan ni adalah orang Islam.Tadi je,guwa rasa sangat malu bila guwa melihat orang cina yang menderma sedangkan orang melayu Islam buat dek je.Derm!Setakat singgit due inggit tu tak kan effect akaun bank ang pun.Tak payah nak kedekut sangat..


Ang kena tahu.Kita perlu membantu sesama kita.Tak malu ke kalau orang bukan Islam yang bantu agama kita?Harap ramai je tapi tak leh bantu agama sendiri gapo?Cube kalau ang kat tempat orang yang meminta sedekah tu.Mesti ang kecewa jugak.Orang tu bukan nak mintak seratus ke seribu ke.Semana yang ang ikhlas..

Guwa rasa ang dah matang.Ang boleh fikir mana yang baik dan mana yang tak baik..audius~

p/s:sesungguhnya,tangan yang memberi itu lagi baik dari tangan yang menerima.Yang join segmen guwa pun sure baik orangnya..=P nak join click sini..
www.tips-fb.com

6 comments:

azwa amani said...

betul2... tak kisah lah kalau dia tu penipu ke ape, tapi bila kita sedekah kat dia, dapat juga pahala.. :) nice entry dan bermakna

Mumu Abdullah said...

penah jugak ade pengalaman ni..
kat butterworth dlu mase skola.. tp dier x mintak duit kat sy sbab sy pakai baju skola..
tp kan, kalau skang dorg mintak sedekah pun sy x kasi sbab dorg x cacat.. mampu cari duit.. why not gune tulang 4 kerat tu usaha sendiri kalau nak dapat duit..

Myera Nyera said...

yup. tak kisah la menipu ke ape ke, ape salahnya tolong walaupun untuk 1rm :) bukannya dosa pun.

cik jannah said...

saya akan buat taktau. haha

Dkna Abza said...

tapi jangan tersalah menderma..kadang kadang berlakon jer lebih sedangkan hidup mereka lagi senang dari kita..apa pon yang diberikan kepada mereka tetap kita dapat balasan daripada-Nya

speak on mind said...

orang-orang kita ni kadang-kadang berkira tak kena tempat....Susah dan liat sangat untuk buat pahala!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...