Tuesday, August 16, 2011

::jangan pisahkan tudung dari kepalamu::

Assalamualaikum..


Saya bukanlah seorang ustaz ataupun seorang yang punyai ilmu agama yang tinggi..tapi mana yang saya boleh bantu memang saya akan bantu..saya manusia biasa yang sering membuat kesilapan..saya tahu..tak sah kalau satu hari saya tak melakukan dosa..saya juga tahu..memang tak sah kalau satu hari tak sakitkan hati orang lain...tapi tanggungjawab untuk menasihati dan saling memperingati memang akan saya lakukan juga..tapi persoalannya..awat saya buat ayat skema ni!


Ceritanya begini..ada seorang rakan yang bertanya kepada saya.."penting ke bertudung ni?"


"Sangat penting"..saya menjawab dengan selamba..


"Ah..kau tau apa..kau tak pakai tudung..panas tau tak?rimas je..kalau free hair boleh jugak aku libas-libas rambut aku ni..macam iklan sunsilk tu"..


"Ada sebabnya mengapa Allah menyuruh kaum hawa memakai tudung..Dia maha mengetahui"..Saya menjawab ala ala imam masjid negara..


"ko cakap senang la..cube ko pakai..baru kau rasa"..Kata beliau seperti mencabar..


"Kalau aku perempuan memang aku akan pakai..itu kewajipan..dan setiap kewajipan tu ada hikmahnya"..saya menjawab seperti imam mekah pula..


"Hah!jom la tukar jantina!"beliau mengeluarkan cadangan yang memang tak boleh diterima dek akal..


"Gila.."aku menyebutnya dengan spontan dan penuh cool..


Ada sebab kenapa Islam menyuruh perempuan menutup aurat..pakai tudung,jangan pakai ketat-ketat..lagi besar baju tu lagi bagus..nak senang pakai je telekung tu tiap-tiap masa..kan pemakaian waktu solat tu adalah sebaik-baik pemakaian..ish-ish..tak kan la sampai mcam tu..tapi boleh je..


Zaman jahiliah dulu atau pun zaman batu..tak pun zaman firaun..perempuan ni hanya dijadikan hamba nak melepaskan nafsu je..ni bukan saya yang cakap tapi memang dalam sejarah pun memang dah tulis macam ni..sejarah A kot SPM (sampingan)..dalam pendidikan agama Islam pun ada menceritakan tentang hal ni (A jugak..)..dengan datangnya Islam,maka perempuan ni telah ditinggikan darjatnya..so nak ape lagi?orang dah suruh pakai tudung tu pakai la!emo sat..


Bila kita menutup aurat dan berpakaian dengan betul,kita dapat menghindarkan diri dari terlibat dengan perkara yang tak diingini..ingat dengan bawak payung,spray kita boleh selamat..berpeganglah dengan ayat ini 'Allah akan bersama dengan orang yang memelihara agamaNya'..Allah bersama kita..


Di luar negara..muslimah sanggup bergaduh dan bersakit-sakit untuk memakai tudung..tapi di negara kita langsung tak ambil endah pun perkara ni..tersangat lah beruntung kita di negara ni kerana kita bebas untuk menjalankan segala suruhan Allah..


p/s:dasyat tak den bagi tazkirah?

www.tips-fb.com

16 comments:

Nilam suhana said...

terima kasih untuk peringatan dan nasihat ini..:)

al_hakim said...

terima kasih kerana sudi baca..=)

- pemilik tinta hati - said...

Berhujah dengan org yg cetek ilmu mmg payah nak ada kesudahannya..tu la peri pentingnya ilmu agama supaya tiap Muslim TAHU dan ISTIQAMAH dengan amalannya..

jawapan utk mereka ini:

http://www.youtube.com/watch?v=ZWueNl6na5E&feature=share

azwniesd said...

beringat-ingatlah kita !
insyaAllah, improve dari semasa ke semasa ! :))

al_hakim said...

Diba:kesabaran tu penting kan?

wanie:betul!

- pemilik tinta hati - said...

ya..sabar itu sangat penting!

fatin syahirah :) said...

hmm, aku akui. aku pernah rasa macam tu dulu. dulu tak pakai tudung then bila dah mula pakai tudung. yes, rasa rimas. rimas gila. rasa macam nak cancel balik pakai tudung. macam free hair lagi senang. tapi fikir balik, kalau panas dunia aku dah tak tahan. macam mana panas neraka pula kan ?

niat pakai tudung kerana Allah, kerana agama. bukan kerana orang suruh. lama2 aku rasa okay je, tak rimas pun dah :) paling penting hati :) niat yang sebetulnya kan :)

p/s : doakan aku istiqamah dalam pemakain tudung. aku takut. dunia penuh cabaran. aku harap iman aku tak goyah

al_hakim said...

diba:tersangat penting..

fatin:insyaAllah..semoga berjaya ye..=)

RuMaH TuA said...

Moga Allah sentiasa pelihara kita dalam rahmatnya.
n3 bermakna.
(^-^)y

al_hakim said...

amin..=) terima kasih..

::contengan hati::)) said...

yup hope yart tak akan cabot lagi tudung dekat kepala ni insyallah .. ;')

pelangi hafyza said...

nice entry hakim...^_^

lg satu kalo wanita pakai tdung.. ayah mereka tak kene tanggung dosa sebab anak dia tak pakai tdung...

al_hakim said...

yart:amin...=)

fyza:betul..kan dah senangkan ayah kita..

Qaseh Dalia said...

insyaAllah .. bertudung selamanya

al_hakim said...

amin qaseh..

Aisyah Hasanah said...

berhijab is the best way of muslimah!!! so d I, insyaALLAH bertudung hingga ke hujung dunia..tp jgn bertudung je tp dada tak tutup lepas tu ada yang pakai baju ketat dan pakai legging...sekali bertudung selamanya bertudung. dan bila bertudung tutuplah semua..longgarkanlah yang ketat..
ameeennn...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...