Haha~jangan marah saya ye.Saja nak bagi tajuk macam tu.Sekadar gurauan je tau.Jangan ambil hati.Buat pengetahuan rakan blogger sekalian sekarang ni saya berada dalam mood letih.Bukan saya saje-saje nak letih ni.Kalau boleh nak baring dan online 24 jam.Tapi kan,kalau baring pun letih kan?Ish-ish.Buat keje ape yang tak letih ek?Tido?tido pun letih..
Apa la aktiviti yang saya buat seharian ni kan sampai letih macam ni.Yang pasti bukan buat rumah atau kandang.Hehe.Nak tau apa yang saya buat?Teruskan membaca ye~
Sebenarnya letih saya ni ada kaitan dengan tajuk entry ni.Tapi bukan taikwondo ye.Tapi taekwondo.Sape tau apa tu taekwondo?Secara ringkasnya taekwondo ni adalah salah satu seni mempertahankan diri yang dipraktikan secara meluas di Malaysia.Ia berasal dari korea.Kalau tak silap saya la.
So,ape kaitan saya dengan teakwondo ni?Sebenarnya saya ni pengasas taekwondo.Eh-eh,bukan!Saya cuma menjadi urusetia dalam satu kejohanan olahraga tertutup untuk peringkat sekolah rendah dan menengah.Bagi saya ia merupakan pengalaman yang menarik walaupun amat meletihkan.
Seawal 7.15 saya dah siap mandi semua.Ini antara pagi yang ajaib kerana ianya hari minggu.Kalau tak de ganti kelas masakan boleh jadi begini?Hehe.Tak de la.Saya memang biasa bangun awal pagi.Kemas bilik,basuh baju dan cuci kereta.Sejak bila den ade kereta ni?hukhuk
*kete idaman den ni..
Mula-mula pogram tu nampak macam tak bape nak sibuk.Just lepak-lepak.Bila dah sampai pertengahan tu,WOW!tersentak jantung ni.Sangat la sibuk.Nak cari orang tu,nak cari orang ni.Apa kerja saya ni?Kerja ala bos gitu,goyang kaki.Kalau macam tu memang best la.Ni den kena cari orang.Dah ready nak lawan ke belom.Fuhh~Sangat penat.Cari satu dewan tu.Macam-macam ragam.
Walaupun penat,tapi best jugak keje ni.Dapat kenal ngan adik-adik manis.Hehe. Budak kecik je pun.Cumel-cumel.Lagi-lagi bila depa ni bergadoh. Alahai,lembutnya.Tapi kalau yang ganas tu memang ganas.Takut saya dibuatnya.
Kerja saya memang pening.Ditambah lagi dengan tempat nak solat.Tak de pun.Tempat tu majoriti bukan Islam.Jadi payah nak cari surau.Last-last solat kat belakang dewan je.Lantak pi la orang nak kata ape.Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita kan.
Apa pun syukur alhamdulillah kerana saya dan rakan-rakan berjaya membantu satu pogram yang sangat besar.Bukan peringkat daerah semata-semata tau.Peringkat negeri lagi.Tanpa kami sure tak jalan taikwondo tu.Hehe.Kat sini saya juga belajar bagaimana nak menguruskan satu aktiviti.Perancangan tu sangat penting.Kalau tak membuat perancangan boleh serabut majlis.Bak kata pujangga orang melayu,jika kita gagal merancang maknanya kita merancang untuk gagal.Erk,ada kene mengena ke?hukhuk..
10 comments:
ade dapat gaji tak?
hehe~ nak sikit!
rehat k.. letih tu..
ohh.. uruskan taekwando rupanya..
ingatkan dia yang masuk taekwando.. hee takde ke gambar budak2 kecik yang masuk taekwando tu? mesti comel je kan diorang.. hii
http://faziera193.blogspot.com
awk:gaji ea?secret2..hehe..ok
faziera:tu la..rugi tak tangkap..tp mmg comel..=P
akak dah pernah involve kejohanan mcmn nie....jadi peserta skali ngan jadi urusetia.....sgt2 letih....
p/s : budak2 kecik blawan mmg comel.....hii.....
ye ke kak?hebat2..mesti johan kan..
yap...menang tanpa bertanding...sebab akak nye categori tak de orang.....ahaha.......
ni kategori super heavy ke?hehe..gurau je kak..=P
ank akak pun selalu sertai kejohanan ni.. dan tiap kali kejohanan akak pun turut cuti.. turut sama menyibuk hehehe.. jom ke Teratak Bonda blh gak tgk apa yg akak banggakan dlm kejohanan taekwondo ni..
ahahaha.......btul la tue...coach ckp ap....nadia...awak xyah kuar peluh dah...awak dah dpt gold.....keh3.....
kak nina:dasyat anak akak kan..pahlawan negara,,=)
kak nadia:hehe..ok tu..tahniah..
Post a Comment