Friday, April 29, 2011

::5 sebab kenapa blogger tak update blog::

Assalamualaikum~rase macam lame je tak update blog ni.Maybe busy dengan aktiviti kan.Semangat nak mengupdate pun tak de.Nak tau nape?Jom kite terjah.Hehe

Hari ni saya just nak kongsi beberapa sebab mengapa para bloger ni tak mengupdate blog.Apa yang saya nak tulis ni bukan saya reka-reka tau.Ia melalui pengalaman dan kajian dari saya.Caya tak?Siap buat kajian tu.

kenapa  blogger tak mengupdate blog?

1.Sebagai seorang penulis,idea mesti nak menncurah-mencurah,maksud saya banyak la.Tapi ada masanya idea ni macam tak datang.Kadang-kadang tu idea yang kita da nak tulis tu hilang.Jadi ini merupakan satu kerugian kepada para blogger.Maka timbul la post-post yang tak menarik dibaca seperti post mengutuk orang lain dan sebagainya.Kalau masalah idea ni kita berdoa je la ye.InsyaAllah mencurah-curah idea datang.


2.Bukan nak tunggu idea mai je.Mood pun penting dalam penulisan ni.Baru la pembaca boleh merasa mood yang ingin disampaikan oleh seseorang penulis atau blogger.Kadang-kadang kita tengok ada orang yang baca novel ni menangis.Kita jangan pelik tau.Itu menunjukkan penulis itu berjaya menyampaikan ceritanya mengikut mood yang bersesuaian.Yang macam tu la kita nak.Bukannya cerita lawak tapi orang nangis.Itu gagal namanya.Itu juga menunjukkan kerjaya anda bukan sebagai seorang penulis ye.Mungkin sebagai seorang jurutera atau mak cik cleaner.Nasihat saya,cari kerja yang halal tau(sempat lagi)


3.Kalau nak post entry,kita mesti ada kemudahan internet dan laptop kan.Kalau due-due benda ni bermasalah memang tak terpost la entry kita ni.Idea banyak dah,mood ade,tapi laptop dan internet pulak buat hal.Bolah hilang idea dan mood tu.Nasib la saya dah tukar laptop baru(saje je ni)..hehe


4.Faktor lain yang bagi saya penting adalah niat atau tujuan kita nak menulis ni.Ada orang yang menulis kerana minat.Ada juga sesetengan orang yang menulis kerana duit atau wang.Bagi saya tak de masalah kita nak menulis sebab apa.tapi percayalah,bagi mereka yang menulis kerana wang pasti akan cepat jemu dan suka merungut.Mereka ni akan cepat bosan.Tak macam mereka yang menulis kerana minat.Apa pun jadi tetap nak menulis.Walaupun gempa bumi.Hukhuk


5.Melalui kajian saya,faktor follower dan komen ni jugak mempengaruhi semangat blogger nak menulis.Bagi saya sendri la,kalau tak ramai yang baca memang saya sedih.Tapi kita perlu tetap berfikiran positif.Sikit bukan bermakna tak ada kan?Ada dan maybe ramai silent reader je tu.Positif-positif.

Saya rasa betul kan apa yang saya tulis ni?Apa pun,semua ni bukan sebab kepada kita sebagai seorang blogger untuk tidak mengupdate blog.Nasihat saya,ada idea je tulis,tulis je ade idea.Hehe.Tulis lah benda yang bermanfaat kerana jika kita berkongsi benda yang bermanfaat,insyaAllah kita akan mendapat manfaat dari benda yang bermanfaat. =) www.tips-fb.com

20 comments:

MizzTina said...

sy selalu xde idea...

al_hakim said...

same la kite..hukhuk

Puan Nurussalwa said...

jgn putus asa!
chayok!

~sy selalu tumggu update awak tau x.

al_hakim said...

sy update dah kan =)

jaya jr said...

biase klo masuk hostel susah sikit nak update sebab wi-fi tak menentu..malas nak masuk broadband lagi..

al_hakim said...

betul..sy rase benda yg same..bb pun lambat,,

EYQASARA said...

mmg betul tu.. sokong sgt dah nie...

al_hakim said...

huhu..masyeh eyqa..=)

Anonymous said...

setuju !

Anonymous said...

akak xupdate sebab malas....ahaha.....

As Yusra said...

betul2x.! sangat setuju.! ;)

al_hakim said...

wardah":huhuu..masyeh..
kak nadiah:haha..tu salah besar tu..
yusra:=)

fa-in said...

yea setuju!
boleh jd jugak dia anggap xde org bce blog dia,tu yg malas nak update..

apepun,hati2 lah menulis kerna akan d persoalkan d akhirat kelak..

al_hakim said...

fa-in:betul..elak benda2 yg tak elok..

Unknown said...

saya selalu tidak update blog kerana (tidak meelebihi 100 patah perkataan)...kita ada, exam,,paper pun dekat-dekat, tetapi sempat jugak untuk blogw walking dengan singgah sahaja dan tidak meninggalakn comment pun ..curi-curi masa yang ada untuk share di facebook sebagai pedoman untuk sahabat@kawan@teman saya.,esok petang ada exam lagi..sehingga lah habis exam..wassalam..maaflah tuan nya blog..panjang pulak idea kita, penangan disebabkan lama tidak menulis blog serta update entri yang terbaru...

al_hakim said...

xpe..setiap org ade masalah masing2 kan

Anonymous said...

ahaha......tapi kalo mood malas tu dtg...huh....mmg xlayan blog lgsung....laptop pon xbuka....hiii....

al_hakim said...

haha..same la kita kak..=P

Anonymous said...

jrg update blog sb tgh susah hati xdapat kerja.. huhuhuhu.. biar satu2 settle.. tpi suka blogwalkng blog org.. bnyk manfaat dpt =)

Anonymous said...

idea ada.. ayat yang tak tau nak karang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...