Friday, August 9, 2013

gatra


(play)



ramai yang kata cinta itu kekuatan
tapi ada juga yang kata cinta itu buta dan melemahkan


ada juga yang kata cinta itu ujian
ujian kesetiaan dan kejujuran
ia uji sejauh mana kita setia dan jujur pada dia yang dicintai


saya sendiri masih keliru pada erti cinta yang sebenarnya
kerana ia tak pernah kunjung tiba
ia tak pernah singgah dalam hati 
tak pernah rasa suka
lagikan untuk dicinta dan mencinta


tapi
saya nak awak tahu
hadirnya awak mengubah segala
dari awan mendung kepada pelangi berwarna warni
dari panas mentari kepada dingin salji


saya juga nak awak tahu
walaupun awak bukan segalanya bagi saya
tapi
bila saya ada awak,
saya ada segalanya


tapi apakan daya
saya hanya bermimpi di siang hari
saya hanya mampu lihat awak dari jauh
lihat awak bahagia dengan orang lain
saya tak mahu menjadi penghalang kepada kebahagiaan awak


cukup sekadar melihat awak tersenyum
pasti saya juga akan tersenyum
andai awak kecewa
saya juga pasti akan kecewa


namun
cinta mengajar saya satu perkara
cinta itu adalah memberi
bukan menerima
cukup sekadar melihat orang yang kita bahagia
pasti kita juga akan tersenyum gembira.. =)


www.tips-fb.com

Tuesday, May 7, 2013

Politik? PWTC pi pesta buku

Niat asal guwa adalah untuk menghasilkan entry berbaur politik. Tapi selepas guwa pikir dua tiga puloh kali, pikir punya pikir, guwa cancelkan plan A guwa. Banyak sangat dah orang bercerita pasal politik. Tak kurang di dada akhbar, facebook dan blog masing-masing. Jadi, better guwa jadi lain daripada yang lain. Lelaki Melayu terakhir gitu.

Kelmarin, guwa telah pergi ke pesta buku antarabangsa di PWTC. Guwa telah berkampung di sana selama dua hari satu malam. Berkampung ni bukan bermakna guwa buat tiang, lepas tu buh atap buat tangga bagai tu. Berkampung ni makna lainnya lebih kurang macam ang melepak atau menghadirkan diri kat sana. Lebih kurang la. Guwa pun tak berapa nak pasti. Hukhuk.


Antara novel yang sempat guwa sambar dalam kesibukan di PWTC adalah novel latest Hlovate yang bertajuk 'Anthem'. Secara kasarnya, Anthem ni berkisarkan mengenai kehidupan seorang remaja perempuan yang berlifestylekan kehidupan 'nomad' yakni bepindah randah. Dia sudah terbiasa dengan life stylenya ketika di India dan beberapa negara eropah. Apabila dia balik ke Malaysia, dia seakan-akan tidak diterima oleh orang melayu di Malaysia. Secara perlahan-perlahan, dia berubah dengan mendalamai apa itu Islam sebenarnya. Sejujurnya, guwa sendiri tak habis baca lagi. Kalau nak guwa cerita panjang, takut banyak yang menyimpang dari yang lurusnya. So, kalau ang nak tahu lebih lanjut, korbankan RM24 untuk sebuah novel yang padat dengan kata nasihat dan pengajaran ini. Serius tak rugi.

(gambaq guwa tibai google je)

Di PWTC, teringin juga guwa menyambar dua tiga biji nobel lain. Tapi disebabkan dengan kegairahan kaum-kaum hawa yang tidak lengang-lengan di booth novel, guwa batalkan segala niat suci guwa ini. Kat sini, guwa nak kongsikan satu perbualan antara guwa dengan kakak yang jaga booth novel.

Guwa: "Kak, tolong amek kan buku Anthem kak."
Akak: "Oh, nak buku. Ingatkan temankan sape tadi."
Guwa: Senyum segaris. "Latest kan kak?"
Akak: "Ya, latest. Yang lain dah ada?"
Guwa : "Ada dah kak." Terus menonong ke kaunter bayaran. Sat gi banyak pulak soalan yang timbul. 

Kalau kakak tu tanya guwa single ke double. Guwa nak jawab apa? Krik.krik.krik.

Guwa rasa, setiap booth perlu menyediakan kawasan khas untuk lelaki meneliti setiap perinci novel-novel seperti kereta api yang menyediakan tempat khas untuk perempuan sahaja. Kerajaan, alert masalah kami! Kalau tak, kita ubah! Hikhik..

p/s: serius guwa curious nak tahu siapa Hlovate yang sebenaqnya.
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...