Kelmarin ada seorang awek datang mengadu pada guwa. Dia kata yang dia rimas dengan sikap orang lelaki yang suka menggatal. Dia sering menjadi mangsa gangguan kaum-kaum guwa.
Sebenarnya, orang perempuan diciptakan lagi gatal daripada orang lelaki. Tapi Allah itu maha bijaksana. Maka, Allah ciptakan sifat malu orang perempuan melebihi rasa malu orang lelaki. Cube lu orang bayangkan kalau orang perempuan tak de rasa malu. Guwa pasti perasaan orang lelaki akan bercampur baur samada mahu bersyukur atau bersedih apabila diambil kesempatan.
Kalau mengikut fikiran logik guwa, memang fitrah orang lelaki mengurat orang perempuan. Benda normal. Tapi kalau lelaki ngurat lelaki, itu baru pelik.
Bila dah namanya fitrah, lu orang tak boleh nak halang benda tu dari terjadi tanpa usaha. Contohnya dah jadi fitrah orang perempuan suka pada kecantikan. Lu orang tak boleh nak halang dia untuk jadi cantik dengan cara menjuihkan bibir sahaja.
Makanya, lu orang yang perempuan ni kena ambil tindakan supaya tak diganggu.
1. Gambar facebook
Jarang sekali guwa dengar orang tak cantik diganggu. Mungkin ada, tapi tak pernah lagi guwa dengar. Selalunya yang diganggu ni jenis yang cantik. Dahi licin. Bebas dari jerawat dan jeragat. Pakaian seksi meksi. Tudung singkat. Baju ketat-ketat.
So, lu orang jangan upload gambar lu orang yang cun melecun tu di facebook. Tak pun, lu orang upload gambar yang hodoh-hodoh je. Guwa pasti, nak add lu pun orang lelaki tak mahu. Apatah lagi untuk mengganggu diri lu.
Kalau gambar hensem macam ni lu jadikan dp, memang ramai la nak kacau lu =P
2. Aurat dan pakaian
Yang menarik mata-mata jahat orang lelaki adalah kecantikan yang ada pada lu orang sendiri. Kalau lu orang jaga aurat, pakai baju besar-besar, guwa pasti lu orang tak kan sapa nafsu orang lelaki. Secara tak langsung, lu orang akan terselamat dari diganggu.
3. Status
Ada sesetengah orang perempuan yang sengaja menukar status 'in relation ship', 'married', 'janda', 'tak lurus' dan macam-macam lagi. Bagi guwa, itu satu tindakan yang bijak. Tapi orang lelaki lebih bijak dan tak peduli ape pun yang lu cuba buktikan.
Masalah ni, guwa cadangkan supaya lu tak add dan approve orang sebarangan. Tak kenal maka jangan approve. Kalau lu approve jugak, lu dah sapa itu harimau Malaya.
4. Pergaulan
Lu orang perempuan kena jaga pergaulan. Jangan mudah percaya dengan kata-kata lelaki. Orang lelaki memang pandai menyusun kata-kata dan janji manis. Lu orang jugak jangan percaya dengan muka hensem orang lelaki. Mungkin orang kata muka guwa macam Fahrin Ahmad. Tapi hati Fahrin Ahmad belum tentu sama baik macam guwa. Ahakz!
lu apa pandang-pandang? hakim tu memang kembar guwa!
5. Kahwin
Kalau lu orang kena kacau, lu nasihatkan orang yang kacau lu tu supaya cari isteri dan kahwin. Guwa yakin, bila orang lelaki dah merasa keindahan perkahwinan, dia tak kan ganggu orang lain. Kalau tak da siapa yang nak dia, lu aje kahwin dengan dia. Habis cerita. Kahkah.
Salah satu sebab Allah suruh kita jaga aurat adalah untuk mengelakkan masalah ni daripada berlaku. Kalau awak tak nak ikut perintah Allah, lepas tu awak bising-bising bila dikacau, itu awak yang kacau.