Saturday, October 29, 2011

::bilamana seorang lelaki dikatakan romantik::

Guwa percaya,ada sesetengah perempuan yang mendambakan lelaki yang romantik.Tiap-tiap hari boleh dapat bunga sejambak.Tiap-tiap hari boleh dapat bait-bait cinta.Tiap-tiap hari jugak boleh dapat janji-janji manis.Tapi ada jugak segelintir perempuan yang langsung tak kisah macam mane pun pasangan dia tu.Engkau romantik ka,engkau selekeh ka,engkau lelaki ka,eden tak kisah..ini bahaya..


Guwa rasa semua orang tahu,untuk memilih pasangan hidup ni banyak benda yang kita kena tekankan.Mestilah kita nak pasangan yang boleh sama-sama membantu kita dalam mengharungi kehidupan yang akan datang.Guwa yang tak kawin lagi ni pun tahu bukan senang nak mengharungi alam perkahwinan ni.Jap,macam berpengalaman pulak guwa ni..


Tak pe,hari ni guwa nak cite serba sedikit mengenai ciri-ciri lelaki yang romantik.Mungkin lepas ni mesti ramai nak pasangan yang romantik.Percayalah..


1.Lelaki yang romantik tidak suka memberi kata-kata yang manis.Mengikut kajian,ucapan 'I LUV U','I Sayang U','I Hate U','I Want U' yang pertama kali diucapkan aje yang betul-betul ikhlas.Maksudnya, ia betul-betul datang dari hati.Yang kali ke dua,ketiga dan ke empat puluh bilion tu macam mana?Ada mungkin ianya palsu semata-semata..


2.Lelaki yang romantik selalu mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan.Tak cukup hingga ke anak cucu.Moga berpanjangan hingga ke syurga.Itu baru betul-betul romantik.Kalau dalam filem tu, ada yang berharap agar dipertemukan dalam kelahiran yang akan datang.Itu bukan romantik.Itu gila-gila remaja...


3.Lelaki yang romantik bukan bermaksud dia selalu bawak pasangan dia ke candi light dinner atau tempat-tempat yang mewah.Itu membazir sebab belum tentu orang yang ang bawak tu akan jadi isteri ang.Kan beruntung kalau isteri ang tu lah satu-satunya wanita yang pernah ang keluar bersama,makan bersama.Itu baru romantik yang sebenar..


4.Lelaki ni akan digelar romantik bukan bergantung kepada berapa banyak bunga yang dia dah bagi kat pasangan dia.Macam tu senang la tokeh kedai bunga tu.Bagi satu kedai habis cerita.Romantik habis..Mungkin lepas ni mesti ramai yang nak jadi tokeh kedai bunga kan?hehe..


5.Seorang lelaki ni akan digelar romantik apabila dia bangun pada waktu malam dan menangis kepada si Pencipta.Itu baru betul-betul romantik.Sanggup menangis kerana cinta kepadaNya.Ni nangis sebab cinta pada perempuan buat ape?Belum tentu dia jadi isteri ang..


6.Seorang lelaki akan jadi romantik apabila dia menepati janji-janjinya.Ang dah janji nak belikan kereta audi kat pasangan ang,ang wajib tunaikan.Dah janji nak bagi satu kedai bunga,laksanakan janji ang tu.Dan janji yang paling penting adalah bilamana saat ang diakad nikahkan.Ang berjanji untuk bertanggungjawab, menjaga dan membimbing isteri ang.Sila tunaikan..


Bagi guwa,romantik itu perlu.Maka carilah lelaki-lelaki yang ada ciri-ciri romantik seperti di atas.Kalau ang jumpa yang yang macam kat atas ni,kahwinilah dia kerana bukan mudah nak cari lelaki yang romantik zaman ni.Guwa?Ada kot..hehe..



p/s:Kali ni guwa rasa guwa betul-betul macam Dr Fadzilah Kamsah..hehe

26 comments:

  1. haha..slalu nye entry melambang kn tuan punye bdn. sbnr nye ang nak kate ang romantik kn kn kn, hehe.

    nice entry, akan ku cari lelaki romantik itu, :)

    ReplyDelete
  2. biha:tak ckp pon..tapi ade la betulnya..hehe

    ReplyDelete
  3. hurmm...mende nih subjektif kot...rmntk seseorg lelaki tuh b'gntg kpd cara si perempuan tuh berfikir mgkn...hahhaha..neway..yg no 6 tuh sis setuju..

    ReplyDelete
  4. ini boleh digelar lelaki romantik!! cehhh perah santan jd dr fadzilah kamsah wuh.

    ReplyDelete
  5. sweet entri ni..
    kdg2 bnda smple yg dibuat pun dh tnjuk romantik..
    tak perlu bunga brkuntum2..huhu

    ReplyDelete
  6. oh, ni konfem orang yang taip entry ni, romantik. ngeh3. . ^__^ saya tunggu lelaki romantik tu :P

    ReplyDelete
  7. susah nak cari lelaki romantik like this

    ReplyDelete
  8. mane nk beli lelaki rumantis nie? ka tesco ade?

    ReplyDelete
  9. hahaha kalo nak yg jenis bli bunge sokmo n bwk mkn candle light dinner sokmo . kne cri ore kaye lerh . hahaha laki2 simple pun oke dah .

    ReplyDelete
  10. tu dia aihhhhhhhhhhhhhhhhhh, pakar chenta~~~

    ReplyDelete
  11. hehehe kena belajar lagi ni...kena bagi lebih romantik dgn tips yg diberikan...tq

    ReplyDelete
  12. haihh dr cinta miahah,, romantik ke tak yang penting bahagia cehhh wahh,,

    nanty dah abis belajar boleh apply jadi pakar motivasi ea ;)

    ReplyDelete
  13. kekasih hati awk mesti sorg yg penyabar, kn? mustahil x cemburu kalau dapat buah hati yg romantik nie.. :)

    ReplyDelete
  14. romantik x kalau die xsuke tepon kite?,.muaaahahahaha,.ape kene tah!,.pakwe sape la tuu,.hui,.malang

    ReplyDelete
  15. nseb tak buat vblog..kalo x, xpsl2 kntoi ngn Dr mcm johan kantoi ngn Dr..hekhek

    ReplyDelete
  16. no.5...so suwiiet...dpt lelaki yunk jaga iman dya dh kira perfect!!

    ReplyDelete
  17. hahaha...mkne cm terlebey ke tuan nye blog je..hahah

    ReplyDelete
  18. beruntungnya kalau dapat yang macam ni.. :)

    ReplyDelete
  19. baca smpai habis baru perasan kamu guna guwa. kih3

    ReplyDelete